Lawatan Sambil Belajar Ke KLCC dan Pusat Sains Negara

Filed under: by: dirmas


Persoalan Kajian

  1. Adakah dengan melawat KLCC dan Pusat Sains Negara akan mendatangkan kesan terhadap para pelajar tersebut?
  2. Apakah tahap kesedaran alam sekitar dan pembangunan para pelajar tersebut terhadap ibu negara Malaysia?
  3. Dapatkah program sebegini mendatangkan kesan terhadap para pelajar orang asli?
  4. Dapatkah mereka menyesuaikan diri mereka dengan budaya luar dari ruang lingkup kehidupan mereka?
Jawapan kepada persoalan kajian berdasarkan pemerhatian:

  1. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan didapati pelajar sangat berminat untuk menyerap segala maklumat yang ada tetapi kelemahan ketara yang dilihat ialah kekangan masa. Masa tidak mencukupi untuk para pelajar dapat menyerap secara total hentaman maklumat yang diterima. Lagi satu yang aku pelik ialah membawa pelajar-pelajar ini ke KLCC. Beri setiap seorang RM15 untuk dibelanjakan di sana. Dengan RM15 boleh beli apa di KLCC? Seluar dalam pun RM35.
  2. Didapati para pelajar sangat peka mengenai kesedaran alam sekitar dari segi menjaga alam sekitar dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. Mereka mempunyai sikap yang pendiam dan menurut arahan. Mereka ini sangat bijak membaca papan tanda dan ini adalah sesuatu yang sangat merujakan aku.
  3. Aku rasa program seperti ini dapat menambahkan pengalaman para pelajar.
  4. Jika diberikan sedikit masa lagi mereka ini boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Mereka hanya perlu diberi peluang. Ini yang penting.

0 comments: