Kurungan Perhubungan Interpersonal

Filed under: by: dirmas


Teringat aku semasa mengambil kertas Teori interpersonal dan intrapersonal di UPM yang dikepalai oleh Pak Ngah (Lecturer)

Cognitive dissonance theory, Festinger, 1957.

  1. Jika perlakuan tidak menyamai perkara yang kita percaya, maka ketegangan mental atau disonan kognitif akan berlaku.
  2. Jika isu penting dan perbezaan kelakuan dan kepercayaan besar, semakin besar disonan atau ketegangan yang kita rasa.

Mengapakah ketegangan wujud di dalam komunikasi interpersonal?

  1. Apabila cuba menggunakan kuasa atau pengaruh yang ada untuk mendominasi sesuatu komunikasi (perhubungan) maka akan timbul interferens dalam jalinan komunikasi tersebut.
  2. Apabila cuba meletakkan halangan-halangan atau interferens untuk mengganggu komunikasi dua hala tersebut mengakibatkan komunikasi yang tidak lengkap dan mewujudkan rasa kurang kepuasan kepada pihak yang lagi satu.
  3. Apabila merasakan tidak dapat kepuasan dalam berkomunikasi kerana mempunyai kepercayaan yang telah dipercayai tanpa mempunyai substance (fakta) yang akan menyebabkan komunikasi tersebut tidak berjaya dan menimbulkan komplikasi.
Aku selalu bertanya kepada diri aku sendiri.
Apakah sebenarnya komunikasi yang berkesan?

Pada pendapat aku apabila sekumpulan manusia (intrapersonal) dan sepasang manusia (interpersonal) dapat berkomunikasi tanpa mendatangkan interferens ataupun halangan maka komunikasi itu dianggap sebagai komunikasi berkesan.

Dan pada pendapat aku juga komunikasi yang berkesan ialah apabila komunikasi yang dilakukan/berlangsung mendatangkan kepuasan kendiri kepada pihak yang berkomunikasi, dapat menghilangkan keraguan, kerisauan dan mendatangkan kebahagiaan, menimbulkan kepercayaan dan mengurangkan rasa ketakutan atau kerisauan.

Sepanjang hidup aku, aku sudah berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia, bangsa, agama dan mahzab dan sepanjang hidup aku melakukan komunikasi aku mengaku di sini bahawa komunikasi aku bersama isteri aku adalah di antara contoh komunikasi yang berkesan.

Aku memang rasa tenang apabila berkomunikasi bersama isteri aku and this is a fact.

Walaupun kadang-kadang apa yang aku ceritakan mengenai daily happenings kerja aku kurang difahami oleh isteri aku tapi aku anggap ini adalah di antara interferens yang tolerable sebagaimana aku pun kadang-kadang tak faham apa yang diceritakan oleh isteri aku dari aspek teknikal pengajian beliau.

Aku rasa tenang.

Kurang pendominasian (domination) is the best strategy in communication.

Komunikasi yang sihat adalah apabila kurangnya cubaan untuk mendominasi persekitaran yang ditimbulkan.

Ketegangan dalam komunikasi tidak patut wujud dalam perhubungan manusia jika setiap manusia memahami bahawa hanya dengan komunikasi yang sihat dapat mewujudkan persekitaran emosi dan fizikal yang kondusif dan menyihatkan tubuh badan dan juga minda.

Komunikasi perlu berlaku dengan perasaan hormat di antara satu sama lain sebagai seorang insan dan tentunya komunikasi sebegini jauh berbeza dengan komunikasi yang berlaku di antara seorang majikan dengan pekerja (ini aku akan cuba kupas selepas ini).

0 comments: