RAMA-RAMA

Filed under: , by: dirmas

Rama-rama adalah sejenis serangga dari order Lepidoptera.

Ia unik kerana kecantikannya. Berwarna terang dan melambai-lambai memanggil-manggil.

Bila membaca blog nephews aku mula aku terasa perlunya satu kajian yang terperinci untuk mencari kekuatan dan kelemahan pihak lawan.

ANDY:
Berguru dari kl hinggalah ke sarawak.
Sejak dah kawin ni prestasi sudah a bit merudum mungkin disebabkan wujudnya interference gelombang videocall 3G..
Aku harap esok ada la lagi interference gelombang 3G sebab di sini ada HSDPA lagi.

Tapi aku terpaksa mengaku bahawa esok adalah hari di mana satu persempadanan orde baru akan wujud kerana aku dapat merasakan adanya aura semangat juang yang sangat tinggi daripada nephew aku Andy yang sedang mempraktis memukul gendang perang bersama Qnya.

Mengapakah bila aku baca blognya aku rasa cemas yang amat sangat..

Rasa tidak keruan.. tak dapat digambarkan rasa cemas aku ini kerana aku tahu selama ini dia sengaja menyimpan skil pop-pop dan lucky trousers dia.

Mana dia simpan seluar jeans pendek paras lutut lucky beliau?

Malam ni confirm dia jadi monk tido awal esok bangun terus skil pop-pop.

YOM a.k.a Tok Bekam:

Aku memang selalu konfius dengan kehebatan Tok Bekam yang aku boleh kategorikan sebagai the silent killer..

Beliau mempunyai skill yang boleh mengelirukan pihak lawan dengan pancingan-pancingan dan helah yang selalu mengelirukan pihak lawan dan kadang-kadang beliau sendiri..

Dengan permainan yang bersahaja dan sering menggambarkan dirinya sebagai underdog telah banyak kali berjaya menyebabkan beliau merembat berkarung-karung singgit daripada pihak lawan..

Strategi beliau pada aku adalah skil yang amat licik dan kejam..

Mengapa kejam?

Kejam kerana salah satu strategi jurus maut tahap gaban beliau untuk menang adalah dengan cara memancing pihak lawan agar mengamekan beliau. Secara tidak langsung jurus maut beliau ini akan menyebabkan motivasi pihak lawan jatuh merudum.

PAKSU BANGI:

Aku macam tak percaya je aku dapat mengepau banyak kali dan sekali sekala menang dengan begitu mudah sekali.

Aku rasa mereka ini hanya memberi paksu mereka muka agar aku tak terus menerus kecewa lalu tak nak bertarung lagi.

Aku faham bahawa aku dah semakin tua, mata dah kabur dan skil pun dah tune lari..

Mungkin ini semua adalah helah dan strategi mereka hendak memancing aku agar berkecimpung semula dalam arena pertarungan tiga penjuru..

Sekarang aku dah dapat rasa aura kekalahan berturut-turut menanti aku petang esok..

Perlukah aku ubah strategi?

Dapatkah aku bertahan dengan strategi mengepau?



0 comments: