PELUPUSAN

Filed under: by: dirmas

Apakah itu pelupusan?

Pelupusan bermaksud melupuskan harta modal atau inventori.

Kerja aku hari ini adalah dalam bab E tatacara pengurusan aset alih kerajaan iaitu pelupusan.

Pagi tadi aku dengan anak buah aku (pet name: undertaker) melakukan kerja-kerja buruh kasar a.k.a kerbau mengalih dan menyusun harta modal dan inventori.

Aku pun kena turun padang bersama-sama membantu kerana kesiankan undertaker aku ni.

Bukannya apa aku takut esok dia ni tak nak datang kerja lagi :)

Kerja aku setakat ini untuk pengurusan aset adalah menyelesaikan masalah-masalah yang orang lain dah buat pada tahun-tahun yang anak bongsu aku pun masih hisap susu nan.

Seronok menyampah sekali menyelesaikan kerja yang orang lain tak buat tapi aku yang kena settlekan.

Aku seronok menjadi pegawai pembangunan dan pengurusan aset kerana aku belajar macam mana nak selesaikan kerja-kerja orang.

Mengenai pembangunan di ELTC ada banyak projek lain yang akan dibuka.

Aku harap kontraktor selepas ni tak la banyak mendatangkan masalah kepada emosi aku.

Emosi aku comot betul minggu ni.

Kepada kontraktor-kontraktor semua.

Bila dah dapat tender tu buat la kerja betul-betul dan bersungguh-sungguh.

Ini kerja macam tah hapa hapa menyampah je aku tengok nak nasihat pun dah berbuih mulut tapi tak jadi hapa pun mangkuk hayun.

Buat malu persatuan Melayu je.

Tapi aku sayang bangsa aku.

Inilah saja caranya kerajaan nak membantu.

Tapi bila dah dapat tender tak tahu nak buat kerja.

Apa nak jadi ni?

Dah bagi makanan siap dengan air sirap manis tapi masih nak tunggu orang lain masukkan ke dalam mulut?

Mana tangan dan juga kaki?

Bangun dan kerja la bersungguh-sungguh.

Janganlah asyik nak sub semua kerja tu.

Kalau ye pun nak sub turun la sama belajar supaya lepas ni kau boleh buat sendiri.

Sampai bila la kau nak maju?

Nak sapu tahu keje tak tahu.

Ni kategori melayu tauhu?

2 comments:

On 6:54 am , Pak Din said...

Dah mula sibuk nampak sekarang.... Pastikan kau lupuskan sekali kontraktor yang tak guna tu .......

 
On 3:03 pm , dirmas said...

Memang sibuk gila Pak Din.

Terima kasih kerana singgah.