Pertemuan Semalam

Filed under: by: dirmas

Aku membawa abang aku bersama so abang aku ni considered pak uda to tok belalang and tok kucin..

Sepanjang permainan aku telah cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan teknik ultimate mengadu domba akan tetapi bush dan adik bush ternyata lebih hebat/mampan/power/konsisten dalam menggunakan strategi ini..

Aku cuba ingin menggunakan HIKMAT TERTENGOK KAD LAWAN tapi pihak lawan terlalu berhati-hati menjaga kad masing-masing so hikmat ini terbatal dengan sendirinya.

Aku cuba menggunakan JURUS HIKMAT MELETUP KASI GEGAR tapi aku gagal kerana bearing asik tak menjadi.. alignment dah jadi tak betul sebab keadaan fizikal yang penat sepanjang hari menjadi supir gi open house dari pagi sampai la ke senja..




Setelah beberapa frame permainan aku telah mendapat teknik JANGAN TUNJUK EMOSI NAK MENANG untuk digunakan dan ternyata ianya berkesan mengalih perhatian pihak lawan.

HIKMAT MEMBAWA PAK UDA DAN MENCETUSKAN HURU HARA juga telah berjaya dengan cemerlangnya men'konpius' fokus pihak lawan.

Cuma aku tak puas hati naper ler mahal sangat table kat tempat ni ye?

Kepada yom and andy pak su kena cari alternatif baru (kalau ada he he)..

0 comments: