Perkara pertama ialah rasa terharu kerana tok blalang kasi present untuk aku.. Wallet baru jenama larrie berwarna putih.
Memang emosi jadi comot malam ni. dah la dengan game arsenal vs man city. gunners kalah lagi.. lagi la emosi bertambah comot.
Pulak tu ada gangguan dari meja sebelah.. gangguan bau "perfume the story of a murderer".. minda aku terganggu dengan bau natural instinct yang menyebabkan prestasi aku terjunam.. bau itu telah menyebabkan otak aku dengan koordinasi mata dan tangan menjadi tidak fokus.
Aku perasan tok kucin pun mengalami problem yang sama tapi aku tengok tok blalang rileks je... tinggi sungguh HIKMAT CONFUSED beliau he he
Aku rasa aku perlu gunakan HIKMAT BAU ni sebagai salah satu strategi untuk menumpaskan tok kucin.. hmmmm kena bawak jugak nanti meoow... meow...
seperti biasa mula-mula memang aku menang tapi seperti masa lalu prestasi aku menjunam dan diratah-ratah oleh tok blalang (padu gila) dan tok kucin (pun padu gila).
tok kucin menggunakan HIKMAT RUMAH DEKAT nya dengan begitu skillful sekali..
HIKMAT TERTENGOK KAD LAWAN tak berjaya mewujudkan emosi yang comot terhadap pihak lawan.
aku kena bertapa lagi untuk mendapatkan hikmat terbaru.
dengan keadaan ekonomi negara yang suram adalah amat sukar untuk mencari semangkuk nasi kerana pihak lawan dah semakin padu.. lagi-lagi yom, lagi-lagi andy..
AKU BILA LAGI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments: