Malam yang bermakna bagiku

Filed under: by: dirmas

YA betul..

Pukul 7.40pm.

Restoran Mee Rebus Ramly di Taman Bercham Raya.

Bersama isteri dan anak perempuan aku terlihat satu kemalangan.

Seorang lelaki tua berbangsa India dilanggar oleh seorang pemuda bermotosikal.

Uncle ni flat on the road tak sedar diri. Trauma shock?

Apa yang berlaku seterusnya?

Mamat ni terus kick start his bike and ran away.

Takde telor punya mamat.

Inilah pemuda harapan bangsa ku.

Tak boleh diharap langsung.

Trend begini dah makin menjadi-jadi di kalangan anak-anak muda sekarang ini..

kalau ada banyak sangat masalah terus delete je macam main komputer.

Rasa bertanggungjawab dah kurang.

Salah type tekan butang delete, Mak membebel pun tekan delete je.. langgar orang? terus tekan Esc je.

Anak-anak muda sekarang ini dah kurang jati diri.

Lupakan mamat Iblis ni kejap.

Aku nak cerita pasal betapa aku respect pada response time 999.

Lepas saja the accident happened aku terus called 999.

Suara perempuan.

Aku terangkan apa yang berlaku.

Dia sambungkan aku kepada seorang lelaki yang tanya standard questions.. no hp, nama dan apa yang berlaku.

Aku buat panggilan tersebut pada pukul 7.45pm (pengesahan dapat dari call log hp)

Patrol car datang tepat pukul 8pm.

Ketua Polis Negara memang tak menipu.

15 minutes response time.. World class.

Next, ambulance pula datang pada pukul 8.04pm.

Aku sukat dari Hospital Ipoh dengan siren yang hidup memang awal ambulance ni sampai.

Moral of the story?

Malam ini aku sedar bahawa pihak berkuasa negara ini sebenarnya tak lah seteruk seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Mungkin ada bad apples tapi bukan semua apples kita beli elok.

Sure ada yang tak elok jugak.

Malam ini membuka mata aku pada betapa bangganya aku menjadi rakyat Malaysia.

Siapa kata polis kurang ajar? Siap bagi kata-kata semangat kepada lelaki tua India tersebut walaupun uncle tu tengah antara sedar dan tak sedar.

Dan malam ini aku jumpa seekor Iblis (budak motor takde telor tu).

Tetapi selepas bertemu dengan Iblis aku bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang masih kaya dengan naluri ingin membantu.

Pengajaran malam ini aku takkan dapat dari mana-mana buku teks sekolah rendah mahupun menengah.

Aku tahu sebab aku cikgu.

Tau takper..

2 comments:

On 3:25 pm , Anonymous said...

what to do paksu???most of us dah hilang kasih sayang and ehsan.and dont forget about another good citizen here,not just the police, its u...

 
On 9:35 pm , dirmas said...

isk..isk..isk.. terharu dgn pujian u ni.. miss u hahahaha