Pendita Za'ba

Filed under: by: dirmas

Mengambil iktibar pesanan beliau:

"Jika laku perangai dan budi pekerti orang-orang dalam suatu umat atau bangsa itu pada umumnya rendah dan lemah tiada kuat keyakinan kepada Allah, tiada kuat beramal dan bekerja, tidak cukup rajin dan usaha ikthiar, tiada amanah, tiada benar pada tutur katanya dan janjinya dan perbuatannya, tiada percaya kepada kebolehan sendiri, tiada cermat pada belanja dan harta benda, tiada pandai mencari harta atau menggunakannya, tiada pemurah dan tiada mahu memberi-beri pada jalan kebajikan, tiada berat pada mencari ilmu pengetahuan, tidak mahu berbuat baik jika tiada balasan nama dan kebebasan atau pahala dan syurga, tidak ada keinginan untuk maju, tidak endah hendak diri memadankan dan melayakkannya bercampur dalam masyarakat yang telah berubah dan sediakala berubah serba-serbinya, sombong, bongkak dan takbur, zalim dan aniaya kepada sama-sama mahluk Tuhan, tiada kasihan dan tidak suka tolong-menolong, tidak ingat akan Allah dan nikmat Allah, dan tidak berat akan suruh larangan yang besar-besar dalam agama pada perkara baik dan jahat dan beratus-ratus sifat yang lain seumpama itu, maka walau apapun ikhtiar bangsa itu atau hendak membaiki keadaannya itu, tidaklah juga akan berhasil jaya dengan sempurnanya, baik pada tentang perkara dunia atau perkara akhirat"


0 comments: