Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini berkata Aidilfitri tidak boleh dikaitkan dengan hiburan yang berunsur maksiat seperti konsert atau joget.
Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan.
Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram", katanya kepada pemberita di sini.
"Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam.
"Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu," katanya.
Harussani berkata perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabila umat Islam terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga sehari suntuk, malah ada rancangan hiburan yang bermula pada malam menjelang raya.
"Aidilfitri kelihatan sudah dicemari dengan terlalu banyak rancangan hiburan sehingga amalan kunjung-mengunjung semakin dilupakan. Ada yang bergegas tinggalkan masjid kerana nak kejar tengok siaran, bukannya nak ziarah rumah orang," katanya.
Mufti itu berkata setiap tahun pelbagai rancangan televisyen dirangka untuk memeriahkan Aidilfitri tetapi malangnya di negara ini boleh dikatakan sebahagian besarnya bercorak hiburan.
"Orang Melayu begitu tenggelam dalam hiburan. Perkara ini sangat berbeza dengan beberapa negara Islam lain seperti di Indonesia di mana sepanjang bulan Ramadan dan pada Aidilfitri lebih banyak rancangan bercorak keagamaan disiarkan.
"Tidak terkecuali di negara-negara Arab yang banyak menyiarkan cerita berkaitan kesedaran dan bercorak agama tetapi drama di negara kita masih dengan kisah cinta, kahwin, cerai dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
We respect this chap for speaking out what's in his mind without any fear of reprisal because he sticks and believes in his words based on his wide knowledge concerning Islam.
This is the kind of guy that has a track record of being eloquent -- not 'elegant' but the truth and the whole truth and nothing but the truth-- in whatever issues that has arised.
We were from Selangor a few years back and what astonished me is how far apart this Perak mufti with our former state mufti. Far, far apart we must say. Is it because of cowardice to speak what's in mind or because to save one's bowl of rice?
Mufti Perak is a gem.
I feel more learned when I'm in Perak rather than in Selangor where everyone's talking about corrupt practises that is prevailing everywhere. Is Perak different in this sense?
As Malays always said whenever there is a dilemma: Tepuk dada tanyalah selera...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments: