Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000
KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.
Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.
Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.
Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.
Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.
Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.
Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.
''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.
''Malah, saya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.
Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.
Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.
Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.
Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.
Setakat ini pengalaman kami sebagai orang bawahan (guru) di sekolah sudah cukup lama lebih kurang 17 tahun. Kalau diikutkan kategori manusia sedang berada di usia remaja.
Bermacam-macam karenah Boss yang kami dah jumpa.. sebenarnya mula-mula tuan pengetua asalnya seorang guru tetapi bila sudah jadi bos (PENGETUA) tak tahu la apa nak di kata macam dah lupa bagaimana agaknya menjadi seorang guru.. maklumlah dulu guru sekarang sudah masuk pengurusan menjadi pengetua maka tatacara pemikiran pun berubah sama juga?
Bila dah jadi pengetua takut pula dengan pegawai pejabat pelajaran daerah, takut pula dengan pengarah jabatan pelajaran negeri, takut pula dengan ketua pengarah dan bermacam-macam ketakutan lagi.
Bila sudah dihimpit ketakutan orang-orang bawahan la yang menjadi mangsa, dihentam tubi suruh kerja macam gila babi agar keputusan peperiksaan pelajar cemerlang dan apa lagi nama pengetua menjadi harum atas keringat payah jerih orang bawahan.
Aku lihat pengetua di Malaysia ni perlu pergi kursus tingkatkan EQ agar faham perasaan anak-anak buah.. jangan fikir nak naikkan nama sendiri saja. Jemput orang sana sini buat event sana sini kutip derma sana sini (ada yang paksa guru derma! pau duit anak buah sendiri) nak gah kan nama sendiri orang bawahan tak dipeduli mampos korang la aku nak glamor ni..
Guru-guru di Malaysia sekarang ini seperti askar Gurkha zaman british dulu.. apa saja problem biar dorang mati dulu. Apa-apa hal biar guru yang jadi point-man.. "you go in front".. kena tembak ke.. kena terajang dengan budak ke bapak budak ke bapak budak upah samseng terajang ke.. kena masuk mahkamah ke.. tak pe tak pe.. biar guru mati dulu..
Tapi kalau pengetua kena saman takpe peguam kanan persekutuan sedia membantu.
Guru-guru Malaysia adalah manusia yang paling bertoleransi dan penerima yang cukup ikhlas.. bagi la apa saja polisi atau dasar yang bodoh piang tengit macam mana pun mereka akan lakukan kerana mereka tahu bahawa itu kerja mereka..
Aku memang respect guru-guru Malaysia yang menjadi machai untuk membuat dan menyiapkan segala macam kertas dan borang dan laporan dalam erti kata lain pelambakan kertas yang hanya akan disimpan oleh pihak-pihak atasan/berkenaan semata-mata untuk menunjukkan yang mereka membuat kerja.. TUAN-TUAN SEMUA TAK TAHU MALU KE?.. orang lain buat untuk kau.. kau pulak yang nak dapat nama.. lagi sekali tak tahu malu betul.
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
Kepada semua pengetua di seluruh Malaysia diharapkan agar tuan-tuan semua mempunyai budi bicara, perasaan timbang rasa, ingat tuhan masing-masing dan berlapang dada dalam apa jua tindakan yang dilakukan kerana tuan-tuan semua diberikan kuasa untuk sementara waktu sahaja.
Janganlah disebabkan kuasa yang Allah beri yang tak seberapa sangat itu digunakan untuk menganiaya anak-anak buah di bawah jagaan anda (jagaan dan bukannya kekuasaan ye tuan)..
Mungkin hari ini anda adalah orang yang berkuasa di wilayah "sekangkang kera" sekolah anda tetapi esok lusa orang yang anda sendiri aniaya ada kemungkinan menjadi orang yang berkuasa seperti anda malah mungkin lebih besar kuasanya dengan mempunyai "wilayah puluhan kangkang kera" daripada apa yang anda ada sekarang.
Fikirkanlah tuan-tuan semua yang berada di luar sana.. jangan selalu nak menongkat langit ingat akan hidup selama-lamanya.. satu hari silap-silap anda pula yang berada nun jauh di bawah sana merenung kembali segala perkara munafiq yang telah dilakukan atas nama "PEDULI APA, AKU YANG BERKUASA".
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
P.S.:
Teringat aku seorang Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang sudah pencen diludah oleh seorang GURU PEREMPUAN bila bertemu di pasar malam.
Syukur.. nasib tuan sangat baik hanya diludah dan bukannya dibaling atau dipukul dengan kasut tumit tinggi..

0 comments: